23 April 2016

Nak belanja resepi ayam goreng KFC
JOM SAMA2 BUAT


AYAM GORENG KFC

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak selama 15minit.

Dah siap!